Thursday, July 23, 2015

Tempahan Kad Kahwin

Heyya! aku tengah cuti sekarang ni. DUA bulan. cuti sebelum masuk degree bulan September ni! :D
lama betul kan. aku decide nak amik course Software Engineering. bukan decide. dah mohon and dapat dah pun. Alhamdulillah. tapi seram jugak aku nak hadap programming banyak-banyak tuu. tawakkal jelah haa. dah pilih pon kan. 
bak kata Zizan, tawakkal innahu dok tera dok tahuu. haa gittewww.

untuk isi masa aku yang sememangnya memang akan terbuang tu, 
aku buat tempahan untuk KAD KAHWIN! yeehhaaaa~

 ini design aje tau. kalau nak yang print out, boleh jugak. design sahaja pon boleh. 
haa mana-mana la senang.
ni contoh kad kahwin yang aku design. 2 hari je design ni haa. 
Edit-edit tu kejap je. nak cari idea tu yang lama. 
aku punya design ni ala ala style wedding card watercolor gituuu. aku tgk ramai matsalleh buat kad kahwin macam ni. nampak lawa la pulak. so aku try la design. hehe

ini contoh aje tau. CONTOH. maknanya kalau tak berkenan aku boleh cuba edit sampai hangpa semua berkenan. okay?
untuk design sahaja, aku amik RM 40 JE. murah kan? tak mahal pon. hihi. 
untuk print out, boleh whatsapp aku nanti.


front view


 yang peta tu aku just amik dekat google sebab tak tau nak lukis peta sape. hihi. 


back view
sebarang pertanyaan boleh contact/whatsapp/email :
Alin - 013 4346197
Email : alinrosdi@gmail.com

Monday, July 13, 2015

peminat jam tangan? ONLY RM 30!


 
 


RM 30 exclude postage!
Diameter : 3.8cm 
Length : 23cm
P/S : ALL ITEMS ABOVE IS PRE ORDER AND IT TAKES 2-3 WEEKS!
contact 013 4346197 for order.

Thursday, April 16, 2015

Kolej Mara Kuala Nerang (KMKN)

Assalamualaikum! memalam buta pon nak update blog kan. 
bosan sangat ni tak tau nak buat apa.

Semenjak dua menjak tiga menjak ni, ramai sangat pm aku, 
tanya pasal KMKN (Kolej Mara Kuala Nerang)
aku pon dah bosan nak jawab benda sama je. huhu
so aku dengan baik hati nya kat sini aku nak share dekat junior-junior yang berminat nak masuk kmkn tu! :D 

okay seperti yang aku story dekat entry lepas, dekat kmkn tu ada tiga program. 
1.SPT
2. SPC
3. Matrik

1. SPT (Skim Pelajar Terbuka)
SPT ni untuk korang-korang yang nak ambik asasi kat situ. SPT ni asasi under Unikl. so lepas korang amik asasi ni, korang akan amik degree di Unikl atau mana-mana U swasta SAHAJA. maksud aku IPTS la. IPTA tak boleh. setahu aku la. kalau salah betulkan ye!*

Plus, tak rugi pon masuk Unikl ni. Unikl ni bawah MARA. aku masuk Unikl ni pon sebab aku nak lari dari PTPTN tu. Pinjaman MARA lagi bagus dari PTPTN. trust me. haha. 
sebab MARA ni kita tak bayar 100%.
bayar 30% ajee.
lagi tinggi pointer, lagi sikit kita bayar. so aim korang, korang kena score je!
Then, Unikl ni banyak praktikal. 60% praktikal. so insyaAllah. senang nak dapat kerja. 

2. SPC (Skim Pelajar Cemerlang)
SPC ni untuk students yang sambung belajar oversea. kebanyakannya students from MRSM. 

3. Matrik.
matrik ni matrik lah kan. haha. 

aku cerita pasal yang amik asasi (SPT) kat situ je tau. 
sebab pasal matrik dengan SPC aku xtau sangat. bukan program aku. hihi

okay. 
KMKN ni kawasan dia dekat pekan sikit. so memang sesuai sangat lah untuk study. tenang aje. takde la setiap minggu nak gi shopping kan. lebih-lebih lagi untuk girls nii. kan kann.
pasal makan, korang takyah risau. memang makan FREE dekat DS (Dewan Selera).
 MARA belanja. hihiks. best kan? ni untuk asasi je tau. 
matrik pon dapat makan kat DS, tapi elaun korang tak dapat lah. duit makan tu  potong dari elaun.
untuk asasi pulak, korang akan dapat elaun RM100 sebulan.
makan free, tempat tinggal free. hm tak tau nak cakap apa. haha

cara belajar kt situ pon okay aje. untuk subject, dia ada 7 subject.
1- Chemistry
2- Physics
3- Mathematics (addmath ye. bukan math mode)
4- English
5- ILS (Islamic Learning Studies)
6- SCT ( Critical Thinking Skills)
7- ICT
jadual belajar dia tak padat pon. macam sekolah. start pukul 8. habis kelas pukul 2.30
kalau hari Ahad dengan Khamis, kelas habis pukul 2.45. sebab pagi tu ada bacaan yassin.
persekitaran kat sini bagus sikit. ala ala sekolah agama gituu.  maghrib dengan isyak memang wajib gi surau, solat berjemaah. haa. pastu untuk pelajar muslim perempuan, hari jumaat ade kuliah agama. haha. best best.
  
kalau nak tau pasal cara pemakaian, boleh baca ENTRY NI

okay tu je kot yang aku boleh share. kalau nak tanya lagi, boleh PM. byebye.