Monday, May 12, 2014

pengalaman temu duga IPG

Hari ni, 12 May 2014, hari Isnin, aku pergi untuk temu duga IPG (Institut Perguruan Guru) kat Kota Bharu. nasib baik dapat dekat tempat sendiri. so tak ada la macam kelam kabut sangat..
Alhamdulillah, lepas ujian INSAK hari tu, aku dapat untuk panggilan temu duga pulak.
ramai juga membe aku tak dapat. aku pon pelik macam mana aku boleh dapat. huhu.
ish. macam tak bersyukur pulak*

so disebabkan ayah aku pon kerja dekat IPG, aku pon pergi la sekali dengan dia. sampai kat situ pukul 7.40. tu pon dah ramai dah orang. daftar pukul 8. lepas tu, ayah aku tinggal aje aku sorang-sorang kat situ. sebab dia nak gi pejabat dia. huhu. orang lain semua ada mak bapak ikut. 
 aku pergi cari bilik temuduga tu sorang-sorang jee. bagus kan aku? wahahaha x3 poyo jap*

dalam pukul 8.55 macam tu, panel tu suruh check file, sijil, ape semua lah. sebab pukul 9 dia nak kutip file.
 macam-macam ragam aku tengok calon tadi. haha. ada yang baru nak sahkan sijil la, baru nak gam gambar, baru nak isi borang.. hurr. nasib baik sijil dan dokumen aku dah beres, lengkap semua. 
tu pon sebab mak aku yang tolong siapkan. huahaha.  
actually, aku taknak pon pergi interview tu. sebab aku taknak cikgu! 
tapi disebabkan desakan keluarga (cehh), aku pon pergi jugak. hihi. 
aku dah 'mengamuk' taknak pergi interview, so mak aku lah yang isi borang aku, siapkan sijil-sijil aku. haha. teruk betul la. kesian mak aku.. huhu T-T baru nak menyesal*

okay, berbalik pada tajuk. 
dalam pukul 9.15 macam tu, kitorang pon dipanggil masuk oleh panel. dalam bilik tu, ada 2 orang panel. 
nasib baik tak ada temuduga secara individu. secara berkumpulan aje.
dalam satu kumpulan tu ada 8 orang. 
aku senyum je masuk bilik tu. aku tak tau nape, tapi aku rasa macam nak gelak je.
 semua orang muka serious. hurr. =.='
pastuu, panel tu pon tayangkan video. time group aku tu, dia tayang video lagu 'Keranamu Malaysia'. then dia tanya, apa yang awak dapat dari video tersebut. haa lebih kurang macam tu la..
semua orang bagi pendapat masing-masing. 
minggu ni aku selesema. so tekak aku sakit. saaakiiittt sangattt . 
so kurang la sikit aku bercakap tadi. huhu T_T
dalam sejam lebih jugak la duk dalam bilik tu. kebas bontot aku -.-*

lepas tayang video, dia tanya Bahasa Arab pulak.
sebab aku amik arab, mesti la dia tanya arab kan. tak kan la nak tanya Bahasa Cina ngan Tamil kutt. haa.
so semua cakap Arab. huahaha. dia tanya 'kepentingan bahasa arab'. 
setiap sorang kena bagi point yang berbeza. aku nasihatkan, korang yang nak interview esok ke lusa ke, baik jadi orang first yang bercakap. sebab nanti kalau jadi orang 'last', semua orang dah bagitau pendapat, so dorang mesti dah ambik pendapat korang tu. 
lepas siap temu duga, dia ada amali pulak. soalan amali tu senang jee. contohnya, dia suruh baca quran, baca teks dalam Arab tanpa baris, buat ayat dalam Arab. pastu ada jugak dia tanya hal-hal agama. 
contoh, siapakah nabi ulul azmi kee. haa camtu la. 
ni untuk yang ambik subject Pendidikan Islam dan Bahasa Arab je yang ada amali. yang subject lain tak ada rasanya.
okay, kemudian temuduga pon bersurai. wahaha. act tak bersurai lagi. aku je yang bersurai. ada je sesi petang. nasib baik aku sesi pagi. tak ada la mengantuk sangat. hehe
cara/tips berpakaian : 
-Perempuan- 
baju yang susah nak berkedut. 
kasut kulit hitam bertumit.
tudung yang warna cerah. warna gelap jangan pakai.
pakai make up sikit. tapi aku tak pakai pon* huahaha
pakai blazer. tak wajib. tapi kalau boleh pakai la*
nametag. tak wajib, tapi digalakkan*
-lelaki-
kemeja. jangan pakai t-shirt pulak =.=
seluar slack. jeans HARAM dipakai. jangan pakai seluar kecik. (mcm style sekarang)
kasut kulit hitam bertumit.
pakai blazer. tak wajib. tapi kalau boleh pakai la*
nametag. tak wajib*

okay, tu je yang aku boleh share. till then, goodbye and goodluck ! :D

7 comments :

Ismi Ana said...

Mabro0k! Rezeki la tu terpilihkan. :)

miss fifi said...

well rezeki tu dear..kan byk yg xdpt..moge awk dpt yg awk nakkan in the end of the day :)

alin afina said...

@Ismi Ana syukran :) yep.. rezeki2. huhu

alin afina said...

@miss fifi terima kasih. insya-Allah :)

si comel yana :P said...
This comment has been removed by the author.
Strontium Sz said...

salam
Amali nihh slps layak ukcg ka?.Ada x sokln bkaitan hukum²tajwid??.sya minx pi n bm..

Strontium Sz said...

salam
Amali nihh slps layak ukcg ka?.Ada x sokln bkaitan hukum²tajwid??.sya minx pi n bm..