Friday, April 18, 2014

UKCG buat aku sakit urat

hai uolls. selamat malam! hehe
hari Rabu, aku pergi ujian UKCG (Ujian Kelayakan Calon Guru) kat Bandar Enstek Negeri Sembilan. 
huii. punyalah jauh ujian dia dengan tempat aku ni. 
macam takleh buat dalam negeri aje. Abah aku cakap, sebab dia taknak bagi orang pakai cabel. 
so, alasan boleh diterima lah. hihi.
so, aku pergi sana dengan abah aku aje. sebab abah aku banyak cuti. 
umi aku cikgu, so dia ada sikit je cuti dia. kitorang gi dengan flight. bertolak pukul 12.05 pm. aku bangun lambat hari tu. pukul 9.30 tak silap. sbb malam tu aku tido lewat. 
whatsapp punya pasal. kekeke.
so rushing jugaklah. abah aku duk bebel je sebab aku bangun lewat. haha! sorry ye. terbabas tido.
skip.. skip..
okay, dah sampai Semenyih! haha. 
aku stay dekat rumah uncle aku kat situu. so hari Rabu time ujian tu, dia yang hantarkan. memang sesat jugak lah sebab tempat ujian tu baru bina je. baru setahun. nasib baik turun awal hari tu. 
kitorang turun pukul 9 lagi. ujiannya pukul 12. haha. 
semangat weh nak jawab soalan ni. jangan main! kahkah. 
okay, time ujian tu, dia ada ujian bertulis dan fizikal. senior aku cakap, masa tahun dia, takda pulak ujian-ujian bagai. interview terus. 
tapi tahun ni, first time buat ujian kelayakan guru sebelum dapat interview. 
sebabnya, ada guru yang pondan a.k.a dua alam. ish pondan, kau mmg menyusahkan! 
sebab tu dia buat ujian fizikal jugak tu. uii. kalah ujian nak masuk tentera! penat gila weh.
mula-mula ujian bertulis dulu. ada dua bahagian. bahagian A ada 135 soalan. bahagian B ada 60 soalan. kena habiskan dalam masa 45 minit. memang sakit jiwa jugaklah aku nak habiskan soalan2 tu semua. dah la soalan jenis psiko. 
yang bahagian B tu lawak. ada pulak dia tanya "adakah anda sedih? A- Ya. B-Tidak"
erk. gelak sorang2 aku time tu. haha. 
aku yang normal pon dah jadi tak normal bila jawab soalan tu. hihi.
antara ujian fizikal pulak, kena beep test. satu level 10 kali lari. paling maximum ada 6 level. so 60 kali lah kan. mmg rare gila orang yg dapat 6 level tu. tu baru beep test, tak cakap lagi senaman lain. huu. mmg penat la. kena stamina kuat betul! badan kena fit je ni. haha
aku, last jogging pon 3 tahun lepas, nak buat beep test? uii memang sakit tulang ah! serious beb. 
seksa seksa. sekarang pon masih sakit ni. 
member aku cakap "kau dah kenapa jalan macam robot?"
haa gittew. robot dia bagi aku. memang kurang gula betul -__-'
memang majoriti yang pergi ujian ipg ni jalan tak betul dah. membe2 aku pon macam tu. haha. kesiann.
kat sana, ramai jugak aku jumpa membe sama sekolah. 
alhamdulillah aa. takde la aku keseorangan di situu. hahah
tapi yang peliknya, majoriti orang kat Negeri Sembilan cakap Kelantan.
aku rasa macam duk kat Kelantan aje. even jurulatih ujian pon orang kelantan. kahkah.
Kelantanese conquer the world! ooyeah.
okaylah, aku dah malas nak cakap banyak. nak tengok cite Step Up Revolution pulak. hihi. sape yang nak tgk movie tu, boleh click SINI !
dadaa ~

3 comments :

Aisyah Az said...

huit huit..
ecah pun jalan kepit-kepit, sakit =p
new experience !

Sara Jungrara said...

Woah bakal guru ni. Btw, nak tanya....can you design a name card...more to business card la....boleh ke?

Intan Saffyna said...

hi,singgah follow awak :)