Thursday, October 9, 2014

iphone 5s to let go!



hello. goodnight uolls.

IPHONE 5S to let go!
RM 1700 (fixed price) 
yelaa, mana nak dapat Iphone 5s semurah ni ye dak? haa. 
harga dah murah kan, xkan nak tawar lagi. huhu. kesian la kat saya T_T
harga market pon dah RM2000 lebih lebih.
ini original set ye! bukan refurbished, bukan preloved bukan korea set!
ada freegifts lagi. 
hanya ada colour gold and silver je setakat ni.
16 gb. ada 11 unit je lagi. 
so cepat cepat whatsapp nombor bawah ni!!

 013 4346197

Friday, October 3, 2014

sem 1 dah habis!

salam semuaaa! uwarghh dah lama tak update blog ni. kinda busy seriously T_T
 last post pon pasal IPG hari tu, terus tak update. keke. So hari tu, aku tak dapat pon IPG. bukan rezeki aku kat situ. yeahh. aku pon bersyukur jugak, sebab aku taknak. hee :p
so sekarang ni aku study dekat Kolej Mara Kuala Nerang ! (KMKN)
Foundation in Science and Technology aliran engineer (FiSTUnikl)

 

KMKN ni swasta, tapi bawah MARA. study kat sini memang best gilee. persekitaran bersih. accommodation mantop. mostly perfect ah. tapi satu je yang aku tak puas hati kadang-kadang, line susah sikit. lagi-lagi yang pakai maxis. haha. kalau celcom tu okay je kat sini. sebab kawasan dia pekan sikit. itu yang susah tuu. tapi takpe, lagi bersyukur ape line takde. sebab senang sikit nak study. ni, asyik pegang fon je. ye dak? pasal line tu aku tak kesah sangat sebab yang pentingggggg makan FREE! wahaha. sebab MARA yang tanggung. dah la makan 5 kali sehari. memang bertambah ah berat badan aku duk sini -.- 
setiap bulan dapat elaun. RM 100 je. tapi takpe la kann. sebab asrama dah free, makanan pon dah free. nak bayar ape lagi.. kan kann. so memang cukup la buat aku sara fon aku ni. hewhew

lifestyle kat sini pon bagus. pergi kelas, lelaki pakai kemeja. dan wajib berbaju kurung bagi perempuan. i repeat once again, BAJU KURUNG. haa UIA pon tak macam tu. haha. and of course pakai tudung pon wajib. budak-budak TKC and RMC pon ramai study kat sini. aku ni macam nak promote KMKN ajee. haha. pon bolehhh
so met my classmates! :D

 kelas aku ade 8 org perempuan, 11 org lelaki. so total 19.
hidup kat sini macam kat sekolah la. sebab dia kolej. bukan university lagi. hari-hari start kelas pukul 8. habis kelas pukul 2. panggil lecturer pon cikgu. sweet kan? haha!

actually, aku baru je habis SEM 1. yayy! so cuti sebulan yayy :D
so sekarang kat rumah, tak tau nak buat apeeeee . time kat kolej dulu bukan main lagi niat nak buat itu, ini. ishh.
erm okay lah. dah takde benda nak merapu dahh. sambung lain kali kbye :*

Monday, May 12, 2014

pengalaman temu duga IPG

Hari ni, 12 May 2014, hari Isnin, aku pergi untuk temu duga IPG (Institut Perguruan Guru) kat Kota Bharu. nasib baik dapat dekat tempat sendiri. so tak ada la macam kelam kabut sangat..
Alhamdulillah, lepas ujian INSAK hari tu, aku dapat untuk panggilan temu duga pulak.
ramai juga membe aku tak dapat. aku pon pelik macam mana aku boleh dapat. huhu.
ish. macam tak bersyukur pulak*

so disebabkan ayah aku pon kerja dekat IPG, aku pon pergi la sekali dengan dia. sampai kat situ pukul 7.40. tu pon dah ramai dah orang. daftar pukul 8. lepas tu, ayah aku tinggal aje aku sorang-sorang kat situ. sebab dia nak gi pejabat dia. huhu. orang lain semua ada mak bapak ikut. 
 aku pergi cari bilik temuduga tu sorang-sorang jee. bagus kan aku? wahahaha x3 poyo jap*

dalam pukul 8.55 macam tu, panel tu suruh check file, sijil, ape semua lah. sebab pukul 9 dia nak kutip file.
 macam-macam ragam aku tengok calon tadi. haha. ada yang baru nak sahkan sijil la, baru nak gam gambar, baru nak isi borang.. hurr. nasib baik sijil dan dokumen aku dah beres, lengkap semua. 
tu pon sebab mak aku yang tolong siapkan. huahaha.  
actually, aku taknak pon pergi interview tu. sebab aku taknak cikgu! 
tapi disebabkan desakan keluarga (cehh), aku pon pergi jugak. hihi. 
aku dah 'mengamuk' taknak pergi interview, so mak aku lah yang isi borang aku, siapkan sijil-sijil aku. haha. teruk betul la. kesian mak aku.. huhu T-T baru nak menyesal*

okay, berbalik pada tajuk. 
dalam pukul 9.15 macam tu, kitorang pon dipanggil masuk oleh panel. dalam bilik tu, ada 2 orang panel. 
nasib baik tak ada temuduga secara individu. secara berkumpulan aje.
dalam satu kumpulan tu ada 8 orang. 
aku senyum je masuk bilik tu. aku tak tau nape, tapi aku rasa macam nak gelak je.
 semua orang muka serious. hurr. =.='
pastuu, panel tu pon tayangkan video. time group aku tu, dia tayang video lagu 'Keranamu Malaysia'. then dia tanya, apa yang awak dapat dari video tersebut. haa lebih kurang macam tu la..
semua orang bagi pendapat masing-masing. 
minggu ni aku selesema. so tekak aku sakit. saaakiiittt sangattt . 
so kurang la sikit aku bercakap tadi. huhu T_T
dalam sejam lebih jugak la duk dalam bilik tu. kebas bontot aku -.-*

lepas tayang video, dia tanya Bahasa Arab pulak.
sebab aku amik arab, mesti la dia tanya arab kan. tak kan la nak tanya Bahasa Cina ngan Tamil kutt. haa.
so semua cakap Arab. huahaha. dia tanya 'kepentingan bahasa arab'. 
setiap sorang kena bagi point yang berbeza. aku nasihatkan, korang yang nak interview esok ke lusa ke, baik jadi orang first yang bercakap. sebab nanti kalau jadi orang 'last', semua orang dah bagitau pendapat, so dorang mesti dah ambik pendapat korang tu. 
lepas siap temu duga, dia ada amali pulak. soalan amali tu senang jee. contohnya, dia suruh baca quran, baca teks dalam Arab tanpa baris, buat ayat dalam Arab. pastu ada jugak dia tanya hal-hal agama. 
contoh, siapakah nabi ulul azmi kee. haa camtu la. 
ni untuk yang ambik subject Pendidikan Islam dan Bahasa Arab je yang ada amali. yang subject lain tak ada rasanya.
okay, kemudian temuduga pon bersurai. wahaha. act tak bersurai lagi. aku je yang bersurai. ada je sesi petang. nasib baik aku sesi pagi. tak ada la mengantuk sangat. hehe
cara/tips berpakaian : 
-Perempuan- 
baju yang susah nak berkedut. 
kasut kulit hitam bertumit.
tudung yang warna cerah. warna gelap jangan pakai.
pakai make up sikit. tapi aku tak pakai pon* huahaha
pakai blazer. tak wajib. tapi kalau boleh pakai la*
nametag. tak wajib, tapi digalakkan*
-lelaki-
kemeja. jangan pakai t-shirt pulak =.=
seluar slack. jeans HARAM dipakai. jangan pakai seluar kecik. (mcm style sekarang)
kasut kulit hitam bertumit.
pakai blazer. tak wajib. tapi kalau boleh pakai la*
nametag. tak wajib*

okay, tu je yang aku boleh share. till then, goodbye and goodluck ! :D

Saturday, April 26, 2014

Mini GA Cash RM350 by Emas Putih #part2


As-Salam

[ Tekan banner di atas kalau nak join ]

Mini GA Cash RM350 by Emas Putih #part2 ini dianjurkan oleh Emas Putih 
dan disponser oleh Syiera , Iskandar Daughter , Saidatul dan Syira Lokman dan Mahamahu :)


Friday, April 18, 2014

UKCG buat aku sakit urat

hai uolls. selamat malam! hehe
hari Rabu, aku pergi ujian UKCG (Ujian Kelayakan Calon Guru) kat Bandar Enstek Negeri Sembilan. 
huii. punyalah jauh ujian dia dengan tempat aku ni. 
macam takleh buat dalam negeri aje. Abah aku cakap, sebab dia taknak bagi orang pakai cabel. 
so, alasan boleh diterima lah. hihi.
so, aku pergi sana dengan abah aku aje. sebab abah aku banyak cuti. 
umi aku cikgu, so dia ada sikit je cuti dia. kitorang gi dengan flight. bertolak pukul 12.05 pm. aku bangun lambat hari tu. pukul 9.30 tak silap. sbb malam tu aku tido lewat. 
whatsapp punya pasal. kekeke.
so rushing jugaklah. abah aku duk bebel je sebab aku bangun lewat. haha! sorry ye. terbabas tido.
skip.. skip..
okay, dah sampai Semenyih! haha. 
aku stay dekat rumah uncle aku kat situu. so hari Rabu time ujian tu, dia yang hantarkan. memang sesat jugak lah sebab tempat ujian tu baru bina je. baru setahun. nasib baik turun awal hari tu. 
kitorang turun pukul 9 lagi. ujiannya pukul 12. haha. 
semangat weh nak jawab soalan ni. jangan main! kahkah. 
okay, time ujian tu, dia ada ujian bertulis dan fizikal. senior aku cakap, masa tahun dia, takda pulak ujian-ujian bagai. interview terus. 
tapi tahun ni, first time buat ujian kelayakan guru sebelum dapat interview. 
sebabnya, ada guru yang pondan a.k.a dua alam. ish pondan, kau mmg menyusahkan! 
sebab tu dia buat ujian fizikal jugak tu. uii. kalah ujian nak masuk tentera! penat gila weh.
mula-mula ujian bertulis dulu. ada dua bahagian. bahagian A ada 135 soalan. bahagian B ada 60 soalan. kena habiskan dalam masa 45 minit. memang sakit jiwa jugaklah aku nak habiskan soalan2 tu semua. dah la soalan jenis psiko. 
yang bahagian B tu lawak. ada pulak dia tanya "adakah anda sedih? A- Ya. B-Tidak"
erk. gelak sorang2 aku time tu. haha. 
aku yang normal pon dah jadi tak normal bila jawab soalan tu. hihi.
antara ujian fizikal pulak, kena beep test. satu level 10 kali lari. paling maximum ada 6 level. so 60 kali lah kan. mmg rare gila orang yg dapat 6 level tu. tu baru beep test, tak cakap lagi senaman lain. huu. mmg penat la. kena stamina kuat betul! badan kena fit je ni. haha
aku, last jogging pon 3 tahun lepas, nak buat beep test? uii memang sakit tulang ah! serious beb. 
seksa seksa. sekarang pon masih sakit ni. 
member aku cakap "kau dah kenapa jalan macam robot?"
haa gittew. robot dia bagi aku. memang kurang gula betul -__-'
memang majoriti yang pergi ujian ipg ni jalan tak betul dah. membe2 aku pon macam tu. haha. kesiann.
kat sana, ramai jugak aku jumpa membe sama sekolah. 
alhamdulillah aa. takde la aku keseorangan di situu. hahah
tapi yang peliknya, majoriti orang kat Negeri Sembilan cakap Kelantan.
aku rasa macam duk kat Kelantan aje. even jurulatih ujian pon orang kelantan. kahkah.
Kelantanese conquer the world! ooyeah.
okaylah, aku dah malas nak cakap banyak. nak tengok cite Step Up Revolution pulak. hihi. sape yang nak tgk movie tu, boleh click SINI !
dadaa ~

Sunday, April 13, 2014

I'm Kexan part VI (certificate ceremony)

lama tak update. sebaaaaaab, tak tau nak update apa. haha :3
so semalam I went to Renaisance Hotel, for certificate ceremony. with Kexans.
banyak lagi gambar, ada 800+ tapi malas nak upload. hihi.



 our seniors

KM <3

masa berlakon. kahkah muka tak boleh blah xD

 Khaiful Anam, the funniest guy i ever met.



guess what is this? this is kereta kebal! hahahaha 

sooo ni lah duit yang kitorang sempat kumpul about 3 months, for our brothers, syria and palestine :'D

i looked fat *-* hahaha 

 us. kexito.

the boys. ehem.

okay, that's all. byebye. :D

Monday, March 17, 2014

NERAKA DAJJAL YANG DISANGKA SYURGA OLEH MANUSIA

NERAKA DAJJAL YANG DISANGKA SYURGA OLEH MANUSIA

Jam 1.30 pagi, di malam kedua Future Music Festival Asia 2014 Stadium Bukit Jalil 6 orang diberitakan maut. Kesemua korban, 4 Melayu dan masing-masing 1 India dan 1 Cina dilapurkan mati akibat terlebih dos dadah methamphetamine. Mereka adalah Kamal Zekry Kamal Basha, 22, Sabreena Kamaruddin, 21, Syazana Sohaime, 23, Nor Faizza Mohd Wazir, 27, M.Suresh, 28 dan Victor Wong E Hern, 26. 

Seorang dari mereka maut serta merta di Bukit Jalil. Bakinya mati dalam perjalan ke hospital. 4 dari mereka meninggal di Universiti Malaya Medical Centre (UMMC ) dan seorang di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). 

Sementara itu ratusan lagi mengalami sesak nafas, 15 daripadanya tenat. Beberapa daripada mereka koma dan dirawat di unit ICU. Ketua Polis Kuala Lumpur turut melapurkan penangkapan 22 orang bersabit kesalahan dadah sepanjang berlangsungnya pesta muzik itu. Akibatnya acara malam ke 3 pesta itu telah dibatalkan untuk memudahkan siasatan.

Sepanjang hari semalam pula, para pengguna Instagram merasa amat terkejut dengan beredarnya gambar yang dimuat naik oleh pengunjung pesta tersebut. Turut terkejut dengan berita yang dikongsikan oleh mereka yang bekerja di kejiranan tapak pesta, iaitu berita pembekalan pelbagai jenis DADAH dan KONDOM kepada pengunjung. Nauzubillah. Anak-anak muda kita memang sedang dibunuh secara terang-terangan dengan cara itu tanpa diketahui atau diperduli oleh penguasa, rakan taulan dan ibu bapa.

Mungkin sebahagian daripada kita, penerima gambar dan berita dari instagram, tweeter atau facebook itu tidak tahu bahawa gejala ini sebenarnya berlaku saban hari di tempat-tempat khas berstatus ‘private’. Bagi kami yang terlibat secara langsung dengan usaha kajian dan pembangunan peradaban ini sudah tidak merasa terkejut lagi. 

Ini hanya kes terpencil yang terdedah kepada umum, hanya kerana berlakunya kematian yang ramai secara serentak. Jika tidak kerana kematian itu kita mungkin tidak tahupun ada fiesta berkandang sedajjal itu. Kita masih terus merasa aman dalam dunia kita sendiri. Masih ingat lagi tragedi kematian di pantai PD, Negeri Sembilan yang melibatkan 3 kontena minuman keras? Masih ingat berita tentang seks bebas di private house melibatkan anak-anak usahawan dan vip?

INIKAH MATLAMAT TAHUN MELAWAT MALAYSIA?

Mungkin ramai yang berfikir upacara telekan oleh Raja Bomoh VVIP boleh menarik perhatian dan mampu menarik pelawat ke Malaysia. Jika ini benar, maka harap kita sudah sedar bahawa tersebarnya berita aksi Raja Bomoh itu telah membuatkan rakyat, pemimpin dan negara kita dicemuh begitu hebat di serata dunia. Tak pasal-pasal rakyat kita, khasnya yang beragama Islam di luar negara menjadi bahan ejekan oleh masyarakat dunia. Gambar dan video aksi teropong buluh, tikar terbang, kelapa muda bertaburan di mana-mana.

Jika konsert yang menghimpun artis dan penonton dari pelbagai negara ini dimasukkan dalam agenda Tahun Melawat Malaysia, jelaslah ia satu kesilapan besar. Masyarakat dunia sudah tidak pelik dengan hiburan seperti ini kerana mereka boleh mendapatkannya saban malam dan hari. Yang menjadi mangsa ialah rakyat kita yang jadi jakun dengan arak, dadah dan seks bebas. Kita sanggup berhabis duit, bahkan mati dan berbunuhan kerana gejala ini.

Entah mengapa kita lihat baik yang lelaki maupun perempuan Melayu terlalu edan dan rakus dengan seks bersama orang asing. Wanita kita, terutamanya yang janda, atau remaja yang telah ‘terlanjur sampai terbiasa melunjur’ begitu ghairah dengan lelaki asing. Fenomena ini dapat kita saksikan berulangkali di akhbar dan tv. Ribuan kes buang bayi, gadis hamil, video lucah bahkan tangkapan oleh pencegah maksiat adalah bukti nyata untuk fenomena ini.

Sekadar sekali sekala membaca berita kes gadis Melayu ‘bersekedudukan’ dengan Awang Hitam atau lelaki India, Cina, Bangla, atau Mat Salleh mungkin tidak begitu terasa kebimbangannya. Sebenarnya ia sudah sampai ke tahap yang tidak mungkin dapat anda bayangkan lagi. Anda mungkin menangis atau pengsan jika kami dedahkan bahan bukti dakwaan ini.

Kerana itu jugalah kami katakan satu kesilapan besar jika konsert seperti ini dan segala rencah ratus bersamanya ingin dijadikan penggerak ekonomi melalui Tahun Melawat malaysia. Yakinlah bahawa dapatan kerosakan melebihi perolehan, samada secara moral atau ekonomi. Belajarlah puasakan diri, jangan kita tamak untuk meraih kekayaan dengan cara ini. 

Sebenarnya penjanaan ekonomi dengan cara ini tidak akan memberikan keberkatan. Kenapa kami kata begitu? Ini kerana keberkatan itu adalah bermaksud mencukupi, biarpun jumlahnya sedikit. Ingatlah kita sedang berada dalam kondisi yang sangat panas (ramadh). Ramai yang panas hati, panas poket, panas mata, panas telinga dan sebagainya. Itu semua akibat dari keruntuhan akhlak umat yang memerlukan kita banyak berpuasa. Kerana itu ramadhan itu dipanggil al-mubarakh, bulan yang berkah dan diberkahi (ada tambahan penjelasan di bawah).

KAITAN ZINA DENGAN SYIRIK & HUKUMAN MATI

Mendekati ZINA sahaja sudah dilarang. Apabila kita sampai melakukkannya, maka jelaslah kita melakukannya dengan niat dan sengaja. Ungkapan ‘TER’LANJUR tidak layak sama sekali, kerana kita sebenarnya ‘ME’LUNJUR dengan sengaja. Jangan tipu diri sendiri. Sebenarnya, kita sengaja rancang dan berusaha dengan rapi untuk melakukan ZINA. Kedegilan kita terhadap Allah sebenarnya sudah ke tahap melampau batas apabila zina itu terjadi.

Jika kita sampai peringkat berzina, kita sebenarnya telah dengan sengaja melanggar garis kuning ke arah zina itu. Itulah batas aurat, pergaulan, arak, dadah dan sebarang situasi yang boleh menjurus kepada zina. Membataskan diri itulah hudud (batas) yang sebenarnya harus kita lakukan untuk mencegah zina dari berlaku. Bukan setelah ia berlaku.

QS:17. Al Israa' 32. “Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan/sabil yang buruk”. 

QS:24. An Nuur 2-3. “Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya 100 kali dera, dan JANGANLAH BELAS KASIHAN kepada keduanya mencegah kamu untuk agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah hukuman mereka DISAKSIKAN oleh sekumpulan orang-orang yang beriman”. 

Laki-laki yang berzina tidak mengawini melainkan PEREMPUAN YANG BERZINA, ATAU PEREMPUAN YANG MUSYRIK; dan perempuan yang berzina tidak dikawini melainkan oleh LAKI-LAKI YANG BERZINA ATAU LAKI-LAKI MUSYRIK, dan yang demikian itu diharamkan atas oran-orang yang mukmin”. 

Jelasnya jika kita masih berzina juga, kita sebenarnya sengaja menduakan Allah dengan cara melawan hukumNya secara SENGAJA. Atas dasar itulah Allah padankan zina itu dengan SYIRIK dalam ayat yang sama. Ia bukan dosa biasa. Kerana itulah juga hukum kisas terhadap zina itu boleh dikatakan ‘mati’. Cuma proses hukum bunuh terhadap zina ini dilakukan secara perlahan-lahan seperti rejam, rotan atau sula. Ini sebagai membalas kedegilan kita, sejajar dengan proses zina itu yang juga berlaku secara berperingkat, bermula dari muqaddimah zina sampai berlakunya zina.

Kita semua sudah tahu dengan jelas setiap perkara yang Allah larang, tiada taubat kecuali kerana jahil (QS:4/17,18). Melanggarnya dengan sengaja bermakna kita dengan SENGAJA menduakan Allah melalui keingkaran dengan sengaja itu. Itulah cabang syirik yang layak menerima hukuman setaraf dengan ‘mati’. 

Mohon perhatikan huruf besar, JANGANLAH BELAS KASIHAN, dan hukum mereka dengan DISAKSIKAN sekumpulan orang beriman dalam ayat di atas. Jika anda beriman, anda harus berani melaksanakan ayat di atas. Soal pelaku sempat bertaubat esok hari, samada diterima atau tidak taubatnya (itupun jika tidak mati dalam maksiat seperti yang 6 orang itu), itu urusan mereka dengan Allah esok. Apa yang kita lihat hari ini harus kita tangani sewajarnya sekarang.

Jangan pula ada lagi yang sawan dengan komen JANGAN SUKA BUKA AIB ORANG…JANGAN SUKA MENGHUKUM ORANG… MANA TAHU DIA LEBIH BAIK DARI KITA… BLA BLA.. untuk kes study ini. Cukuplah maruah Allah dan Islam dimalukan sejauh ini. 

Jika kita tidak mahu dibuka aib, jangan lakukan perkara yang megaibkan diri dan agama. Jangan lagi dedahkannya sendiri dengan sengaja dan penuh BANGGA sebegini. Kami dedahkan semua ini laksana doktor yang merawat penyakit siplis yang tersembunyi. Dengan Basmallah kami nampakkan kebencian kami dan mengajak pembaca, khasnya ibu bapa yang masih lena agar maklum dan turut menghayatinya.

KEBERKATAN REZEKI & KERUGIAN MORAL

Tiket maksiat untuk FMFA itu beratus dan beribu RM harganya. Akhbar melapurkan pil dadah berbagai jenis itu dijual dengan harga antara RM50-RM100 sebiji. MASYAALLAH. Bahasa hiburan mereka pula adalah bahasa inggeris. Tentunya bukan orang miskin atau yang tidak sekolah yang menjadi pengunjung pesta muzik itu. Pilu juga bila mengenang adanya simiskin yang tulus berusaha mengirim sedekah seringgit dua, bahkan ada yang sen-sen saja melalui MBB2U untuk jariah mereka. Si kaya pula alpa berbelanja serta meneruskan dosa dan kerosakan.

Ketahuilah bahawa zina itu penyebab kepapaan dan kemiskinan, samada dalam bentuk kewangan maupun secara moral. Biarpun rezeki kita banyak, tetapi tetap tidak akan mencukupi jika zina kita jadikan amalan hidup. Ini kerana kita akan banyak membelanjakan rezeki pada jalan yang membinasakan.

Contohnya setiap orang yang berzina akan membelanjakan banyak wang untuk kos mukadimah zina itu sampailah ianya berlaku. Yang muda, yang tua, yang kaya, yang miskin semuanya ada cara dan jumlah perbelanjaan tersendiri untuk melakukan zina. 

Bila ada niat untuk berzina, maka tak pasal-pasal kita terpaksa tanggung kerugian yang nyata. Antaranya ialah membuang masa dan belanja untuk kos perhubungan, kenderaan, makan minum pasangan untuk berdating dan sewa hotel bagi yang mampu. Bagi kes berprofil tinggi maka lebih lagi kerugiannya. Itu termasuklah belanja clubbing, pil khayal, dadah, arak, shopping dan sebagainya. Bagi sugar daddy pula terpaksa sponsor apartment, kereta dan lain-lain.

Apabila tertangkap, masing-masing akan mengalami kerugian moral yang bukan sedikit. Itu tidak termasuk membayar kos peguam dan denda mahkamah. Salah perkiraan akan dijatuhkan hukuman penjara kerana terbabit dengan kes rogol atau perkosa. Yang terhamil kena belanja pengguguran, bahkan membuang bayi dan sebagainya. Kerugian seterusnya termasuklah jatuh kelayakan dalam kerjaya dan niaga. Gejala sosial turut membuatkan kerajaan rugi akibat dari masalah jenayah yang berbagai serta biaya menanganinya.

Firman Allah: “Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu najis, maka janganlah mereka mendekati Masjidilharam sesudah tahun ini. Dan jika kamu khawatir menjadi miskin, maka Allah nanti akan memberimu kekayaan kepadamu dari karuniaNya, jika Dia menghendaki. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” (QS: 9. At Taubah, 28).

Atas pencerahan ini, maka kita harus sanggup tunduk kepada Allah. Marilah kita ikuti sunnah Tanah Haram, masjidil haram dan pakaian Ihram. Kita tawaf sentiasa untuk membersihkan tanah air kita dengan MENGHARAMKAN zina dan segala mukaddimahnya. Promosikanlah negara kita dengan tarikan yang suci murni. Biarlah tidak banyak wang masuk asalkan kita tidak menjemput puak-puak Dajjal yang sah-sah Musyrik ini. Yakinlah dengan janji Allah.

Banyak nasi, banyak keraknya. Terlalu banyak kes melibatkan anak-anak vip dan jutawan yang terlibat dengan gejala ini dalam fail kami. Semuanya kerana kemewahan laksana syurga tajaan Dajjal. Amalan dadah, arak, seks bebas, bahkan buang bayi sekalipun sebahagiannya dimaklumi oleh ibu bapa, namun tidak mereka berbuat apa-apa. Apatahlagi kes yang tidak diketahui kerana sibuknya ibu bapa mengejar pangkat dan harta.

Ingatlah, ketika kita masih hidup ini pun sudah jelas tidak berkatnya. Kita banyak kerugian akibat menaja kos kerosakan dan biaya untuk menebus kerosakan yang telah berlaku pada anak kita. 

APABILA KITA MATI NANTI, hanya ilmu yang mampu membentuk anak yang soleh sahaja yang boleh meneruskan amal kita melalui harta yang kita tinggalkan. Jika tidak, apa yang kita tinggalkan kepada mereka akan lebih menjahanamkan hidup mereka. Waktu itu tiada siapa boleh menasihati mereka kerana jika kita masih hidup sekalipun, kita sudah tiada upaya dan kuasa.

Janganlah kita asyik ambil mudah dengan bersandarkan kepada sifat Allah yang maha pengampun itu selama-lama untuk berterusan mengabaikan perintah dan laranganNya. Ketahuilah bahawa keampunan dan kelembutan Allah itu pun ada batasnya. Harus tahu di mana batas keampunan yang layak bagi kita, biar jelas dan tidak bersangka-sangka. 

Jangan tunggu terjadinya kematian seperti yang 6 orang dan beberapa lagi yang mungkin menyusul ini. Kerana jika sedemikian, maka jelaslah kita sengaja membiarkan mereka dengan beraninya MELAWAN ALLAH. Banyak contoh depan mata di mana kita mungkin tidak layak menguruskan jenazah mereka dengan cara Islam, NAUZUBILLAH. 

Ya..! Ada kalanya jenazah kita pun tidak layak disembahyangkan, berdoa di kubur pun tidak Allah izinkan (QS:9/84). Ada tahap yang mana keampunan yang dipohonKAN oleh para nabi, sampai 70 kali ampun sekalipun tidak Allah ampunkan (QS:9/80). 

Mahukah kita berada di katagori itu? ATAU MAHU KITA PERSETANKAN SAHAJA PERINGATAN ALLAH INI?

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
WARGA PRIHATIN

************ RUJUKAN************:

QS: 4. An Nisaa'17-18. "Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan yang kemudian mereka bertaubat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima Allah taubatnya; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Dan tidaklah taubat itu diterima Allah dari orang-orang yang mengerjakan kejahatan hingga apabila datang ajal kepada seseorang di antara mereka, ia mengatakan : "Sesungguhnya saya bertaubat sekarang." Dan tidak (pula diterima taubat) orang-orang yang mati sedang mereka di dalam kekafiran. Bagi orang-orang itu telah Kami sediakan siksa yang pedih.

QS: 9. At Taubah

80. Kamu memohonkan ampun bagi mereka atau tidak kamu mohonkan ampun bagi mereka Kendatipun kamu memohonkan ampun bagi mereka 70 kali, namun Allah sekali-kali tidak akan memberi ampunan kepada mereka. Yang demikian itu adalah karena mereka kafir kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang fasik.

82. Maka hendaklah mereka tertawa sedikit dan menangis banyak, sebagai pembalasan dari apa yang selalu mereka kerjakan.

84. Dan janganlah kamu sekali-kali menyembahyangkan (jenazah) seorang yang mati di antara mereka, dan janganlah kamu berdiri (mendoakan) di kuburnya. Sesungguhnya mereka telah kafir kepada Allah dan Rasul-Nya dan mereka mati dalam keadaan fasik.

85. Dan janganlah harta benda dan anak-anak mereka menarik hatimu. Sesungguhnya Allah menghendaki akan mengazab mereka di dunia dengan harta dan anak-anak itu dan agar melayang nyawa mereka, dalam keadaan kafir.

CREDIT : www.prihatin.net.my

Sunday, March 16, 2014

tempahan booklet


 selamat malam uolls. sorry ye sayang-2 sekalian, sebab lambat bagi doodle tu.  hehe.
aku busy dua minggu lepas. duk mengedit booklet yang ditempah. huhu.
ni dia booklet tu  ;



ni cover depan.











booklet ni saiz A5. so dia nak lipat dua. sebab tu aku edit macam tu.
act, aku nak ambik RM50 je, sebab kesian dekat dia.. cehh. haha.
tapi, dia nak bayar RM65. bak kata orang, rezeki jangan ditolak. tak gituuu? haa.
so aku ambik jelah. 
sooo, sape2 yang nak tempah edit/design template or whatever, boleh whatsapp 013 4346197 :)
aku terima segala jenis tempahan. tapi design je. harga boleh dirunding. jangan risauuu ^^

Sunday, March 9, 2014

cousin's wedding III


HI. thanks for those who joined my segment. and a big thanks too to those who followed me. I really appreciate it ^^
so ni time wedding cousin akuu. #Throwback
Captured by Canon 7D








 sofiya (sis) and dini (cousin)






my cute lil sis





my parents :)

good evening. salam maghrib :)