Tuesday, December 10, 2013

10 amalan yang merosakkan otak


  Tidak mengambil sarapan pagi
 Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif,


 Terlebih makan
  terlebih makan akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak


  Perokok
 asap rokok akan mengakibatkan sel sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit Alzheimer.


  Penggunaan gula berlebihan
 pengambilan gula berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. selain itu, ia akan menganggu perkembangan otak yang sihat


  Pencemaran udara
 otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak


 Terlebih tidur
 tidur adalah bagus untuk merehatkan otak, tetapi masa tidur yang panjang boeh mengakibatkan sel-sel otak mati.


 Menutup muka ketika tidur
 tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon  dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.


 Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
 bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak


 Kurang berimaginasi
 berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. kurangnya berimaginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun


 Jarang berfikir
 jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. oleh itu, perbincangan membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

1 comment :

Ahmad Zaki said...

Bagus entry ni. Tapi saya perokok. Susah nak membuang tabiat tu. =)

ZH Blogger