Tuesday, November 6, 2012

abang astro yang gatal.

Hai semua ! selamat pagi !
hihi. hari ni aku tak pegi sekolah .
bukan hari je, semalam pon -.-'
bukan semalam je, minggu ni langsung aku tak pegi !
muahahaha. buat macam sekolah bapak aku je kan* -.-'
apa nak jadi lah. teruk betul .
well, aku ada sebab sendirilah sebab ape tak pegi sekolah . bukan saja-saja.
sebab :
1. kalau aku pegi sekolah pon , cikgu aku tak mengajar . sebab budak SPM exam.
2. kelas aku pon tak ada sebab budak SPM pakai.
3. semua batch 96' tak pegi sekolah ! tak kan aku je tergodek godek pegi sekolah . kan?

Argh whatever. aku bukan nak cerita pasal nih pon . haha. :D
nak cerita pasal semalam. 
semalam, aku kan tak pegi sekolah, so aku lepak lah dekat lib - short from library.
lepastu, pagi pagi lagi aku bangun, mandi and siap siap. aku duduk dekat sekolah mak aku dulu.
sambil tunggu kawan aku kat situ. pukul 8 baru dia sampai.
lepas tu, bila kawan aku call yang dia dah sampai kat sekolah mak aku tu, aku pon berjalan lah ngan dia pegi lib.
tak jauh pon, 1KM je kot :3
since aku tak makan lagi, aku pon pegi lah makan kat pasar siti khadijah.
lepas makan-makan, aku pon turun lah.
sambil-sambil jalan, kitorang berbual. lol. skema habis ayat*
pastu, tiba-tiba ada someone tegur. 
aku pon berpaling lah nak tengok sapa kan . 
rupa-rupanya budak astro. alaa, yang bagi bagi kertas tu .
nk promote astro dia lah tu .
-.-'
pastu, dia pon tanya lah aku macam-macam sampai kehabisan air liur aku nak jawab.
*cehh. ayatt. tak boleh blah btol.*
our conversations :
Abg astro : hai, awak ni student ke? U mana?
Me : U ? eh, saya baru je form 4 lah . 
*Ngek je, nampak aku ni macam orang tua ke? -.-' dalam hati lah. haha*
Abg astro : oh ye ke? muka nampak matured je. tak percaya lah. sekolah kat mana?
Me : matured ?! mujur lah kalau camtu . hee. sekolah kat Mahaad Pompuan.
*first time orang cakap muka aku mature! happy okay. LOL.*
abg astro : ouh. dekat ni je kan? 
Me: yelah.
*seriously aku memang malas gila nak layan dia. dah la dah lambat nak pegi lib*
Abg astro: rumah awak dah ada astro tak? 
Me : dahh. 
Abg astro : ye ke nih . remote warna apa?
Me : biru -.-' *kau engat aku tipu-tipu je ke. dalam hati. ahaha*
abg astro: oh ye ke. jadi, awak kene beli beyond lah. saya nak nom awak boleh?
Me : hurm. entah la . lagipun, astro saya rosak. dekoder dia rosak minggu lepas.awak ambik nom ayah saya.
*aku pon bagi nom ayah aku*
dia pon cakap : hah ! lagi bagus kalau rosak. awak tukar beyond ajelah.
Me : awak bercakap ngan ayah saya lah . saya tak tau pape pon pasal astro-astro nih.
pastu bila dia tanya banyak-banyak soalan, dia pon still mintak nom aku.
dia cakap, awak bagi lah nom awak. saya takot lah nak bercakap dengan ayah awak.
*and i was like..... what the kau nih . penakut! nak bekerja macam mana kalau macam nilah gayanye -.-*
bila dia desak-desak terus aku, aku pon tengok kat kawan aku.
bagi isyarat mata kat dia supaya dia tolong aku.
tapi malangnya ! dia buat muka blur ! huarghhh . stress aku macam nih .
aku pon, terus tarik kawan aku blah dari situ .
sakit hati kau tauu. tau nak mengorat aje. tak guna betul.

pastu, aku pon pegi MM kejap-kedai gambar.
pastu, aku pon gerak pegi lib . nasib baik perjalanan aku lancar lepas tu. hihi. takda orang nak ngorat dah
btw, budak yang comel tu tak datang lib ! puas aku tunggu dia . tapi tak datang-datang jugak
well, dia kan SPM. mmg mustahil gila lah kan nak datang waktu exam macam ni -.-'
tapi aku tengok, ada je budak SPM sekolah lain datang lib. huhuu.
takada rezeki kot nak jumpa dia. hurm . biarkan aja lah ..
okay lah, dah penat aku taip panjang panjang . bye :)

No comments :